The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Kerja Keras, Ketajaman Serangan & Kemeriahan Penyokong: 5 Perkara Menarik Dari Kemenangan Selangor Ke Atas Kuching City

Nov 01, 2021 - FAS

Selangor FC kembali ke aksi Piala Malaysia dengan bergaya pada hari Sabtu lalu, mencatat kekalahan 5-1 ke atas Kuching City dalam pertemuan pertama mereka untuk mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan B Piala Malaysia. Hasil yang membanggakan telah dihasilkan berkat beberapa sumbangan.

1) Debut Alex Yang Menarik Perhatian

Pertembungan menentang Kuching City menyaksikan pemain tengah Selangor FC 2 yang berusia 21 tahun, Alex Agyarkwa membuat penampilan sulung bagi skuad senior. Pemain Ghana itu muncul daripada kesebelasan utama dan membalas keyakinan ketua jurulatih, Karsten Neitzel dengan menampilkan aksi yang cemerlang.

Walaupun pasukan pelawat pada mulanya menjadikannya malam yang sukar untuk Red Giants dengan mengenakan tekanan di bahagian tengah, Alex membalas taktikal tersebut dengan menggunakan kemahiran teknikal yang dimilikinya.

Sewaktu aksinya minggu lalu, beliau menggunakan tipu muslihat dan acahan semasa menguasai bola untuk melepasi pemain pertahanan dan menjadi nadi pasukan.

Setelah cemerlang dalam penampilan sulungnya dan mempamerkan kemahiran yang dimilikinya kepada pasukan, beliau direhatkan pada separuh masa kedua. Tidak syak lagi, kita akan melihat beliau beraksi semula dalam beberapa minggu akan datang.

2) Kerja Keras Berpasukan Membawa Kejayaan

Walaupun jaringan akhir perlawanan mungkin membayangkan bahawa ia merupakan perlawanan yang mudah bagi anak-anak buah Karsten, dakwaan tersebut tidak benar. Pasukan Kuching City tiba di Stadium MBPJ dengan objektif untuk mengutip mata daripada pertemuan ini dan mereka memastikan percaturan mereka padat di bahagian tengah.

Pasukan muda yang dipilih oleh pengendali dari Jerman ini bagaimanapun tetap tenang dengan mengawal permainan dan terus menerus menyerang tanpa berputus asa.

Walaupun setiap pemain bekerja keras untuk menghasilkan kemenangan, dua pemain yang benar-benar menonjol adalah Jordan Ayimbila dan Danial Asri. Kedua-dua pemain muda itu menunjukkan bahawa mereka mempunyai ketekunan untuk pergi jauh dalam kerjaya mereka, mengejar setiap bola dan mengganggu pemain pertahanan di atas padang.

Kualiti ini dan gabungan mereka akhirnya membantu Gergasi Merah memecah pertahanan kental Kuching City untuk mendapatkan gol pendahuluan yang menjadi titik penting dalam perlawanan itu.

3) Danial Kini Bersedia Untuk Menjadi Penyerang Utama

Dalam kes Danial Asri, penyerang berusia 21 tahun ini menunjukkan bahawa dia boleh melakukan lebih daripada sekadar bekerja keras dan boleh dipercayai untuk memegang watak utama. Beraksi sebagai penyerang utama tanpa kehadiran penyerang prolifik, Ifedayo Olusegun yang direhatkan kerana faktor kecederaan, anak kelahiran Rawang itu telah terlibat dalam empat dari lima gol dalam perlawanan tersebut.

Percubaan pertamanya membawa kepada gol pembukaan Hein Htet Aung pada saat ke-30 selain menjaringkan gol kedua dan keempat Gergasi Merah. Manakala gol penalti Safuwan Baharudin hadir apabila pemain yang dikenali sebagai Chang itu dikasari dalam kotak penalti Kuching City.

Selepas mempamerkan persembahan yang menakjubkan, inilah yang beliau katakan kepada pemberita:

"Pada separuh masa pertama saya duduk terlalu tinggi sedikit di atas padang dan ia menyukarkan saya. Jadi, selepas rehat saya menukar taktik dengan berlari ke arah pemain pertahanan lebih banyak dan ia membuahkan hasil. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama oleh jurulatih. Saya ingin membalas kepercayaan yang diberikan kepada saya, jadi saya amat berbangga dengan gol yang saya jaringkan pada malam ini."

4) Kemunculan Kembali Shahrel Pada Masa Yang Tepat

Walaupun ketiadaan penyerang sensasi Selangor, Ifedayo Omusuyi sangat membimbangkan, ia telah membuka  pintu peluang untuk bukan satu, tetapi dua penyerang mempamerkan persembahan terbaik mereka.

Seorang lagi penyerang yang menjadi tumpuan ialah Shahrel Fikri Fauzi, yang masuk pada separuh masa kedua dan membantu Gergasi Merah.

Ini lebih memberangsangkan apabila menganggap ia adalah perlawanan pertama Shahrel sejak bulan Mei yang lalu ekoran kecederaan. Ia merupakan tempoh yang sukar untuk penyerang kebangsaan itu sejak menyertai awal musim ini dan penyokong yang hadir ke stadium melaungkan sokongan sewaktu Shahrel melakukan sesi pemanas badan sebelum dimasukkan ke padang.

Tepukan gemuruh juga diberikan apabila beliau dimasukkan dan Shahrel tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Beliau acap kali mengganggu barisan pertahanan lawan dengan larian dan gelecekan, untuk membuka ruang bagi Danial kekal menjadi penyerang utama.

5) Pemain Ke-12 Yang Luar Biasa

Kehadiran penyokong sentiasa diperlukan dan dihargai oleh Selangor FC. Bahkan, sokongan penyokong yang datang ke turut menggembirakan pengendali Selangor, Coach Karsten dengan kata-kata ini,

"Mereka (penyokong Selangor) sangat luar biasa untuk kami malam ini. Kehadiran mereka memberikan perasaan yang sangat berbeza kepada pemain, pegawai dan saya sendiri. Sebagai contoh, reaksi mereka apabila Kuching City mendapat sepakan penalti, sangat luar biasa."

Selangor FC berharap untuk melihat lebih ramai peminat hadir ke stadium untuk perlawanan di tempat sendiri seterusnya pada 7 November ini bagi menentang Terengganu FC. Pengumuman tiket akan dimaklumkan kelak.

Disediakan oleh: Zulhilmi Zainal